KUALA LUMPUR: Tidak sampai tiga jam bergembira selepas berjaya
merompak sebuah kedai emas, sekumpulan tujuh lelaki berputih mata
apabila mereka diberkas polis jam 2.00 petang tadi.
Semua suspek diberkas hasil tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah
Daerah Kajang dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, berdasarkan
maklumat dan risikan yang dijalankan.
Terdahulu dalam kejadian jam 11 pagi, sekumpulan empat lelaki
bersenjata pistol dan penukul besi memakai topi keledar penutup penuh
serta bersarung tangan hitam memecah masuk sebuah kedai emas di tingkat
bawah pusat beli belah di Bandar Tun Hussein Onn.
Suspek kemudian memecah rak kaca dan memasukkan barang kemas dalam beg
pakaian manakala seorang suspek yang bersenjata pistol dipercayai
melepaskan lima das tembakan ke arah pengawal keselamatan.
Mereka kemudian dilaporkan melarikan diri dengan sebuah kenderaan.
Hasil rompakan berjumlah yang dianggarkan bernilai RM3 juta.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten
Komisioner Fadzil Ahmat, berkata polis menahan tujuh lelaki dipercayai
suspek kes samun, di Kampung Lalang, Dengkil, Sepang.
Fadzil berkata, hasil maklumat orang awam membawa polis ke lokasi kejadian.
"Kita dapat menangkap tujuh lelaki, selain menemui sejumlah besar
barangan emas, penukul dan senjata api," katanya dipetik Berita Harian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.