Ahad, 23 Julai 2017

DAP sedia adakan pemilihan semula 'dalam protes'

DETIK DAILY



DAP bersedia untuk mengadakan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC) "dalam keadaan protes"," kata Naib Pengerusinya, Teresa Kok.

Kok ketika membacakan surat parti itu kepada ROS berkata, DAP bersedia untuk mengadakan pemilihan semula CEC dalam keadaan protes tanpa mengabaikan hak untuk mengambil tindakan terhadap ROS sekiranya perlu.

Surat bertarikh 17 Julai oleh ROS ditujukan kepada Kok selaku setiausaha pengelola DAP, jawatan yang dipegangnya dari 2008-2012.

Beliau ditemani oleh setiausaha pengelola DAP Anthony Loke dan rombongan kira-kira 20 ahli DAP ketika menyerahkan surat itu kepada pendaftar ROS, Mohd Nawawi Mat di lobi pejabat ROS di Putrajaya pagi ini.

Menurut Loke, pihaknya hari ini memberikan ROS dua lampiran bersama dengan surat berkenaan- satu salinan perlembagaan DAP dan senarai nama perwakilan tahun 2012 seperti yang diminta.

DAP juga telah melantik sebuah firma audit bebas PKF Consulting, untuk mengadakan pemilihan semula.

Bagaimanapun DAP memerlukan pengesahan ROS terlebih dahulu mengenai tarikh dan senarai nama yang akan digunakan.

DAP juga meminta untuk bertemu Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohd Razin Abdullah bagi menentukan butir-butir tersebut.

Ditanya mengenai berapa lama DAP akan mengadakan pemilihan semula CEC selepas mendapat semua butiran yang berkaitan, Loke menjelaskan parti itu hanya perlu memberi notis seminggu kepada semua perwakilan.

Sebab ROS 'tidak logik'

Menurut Loke, surat ROS bertarikh 17 Julai telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula berdasarkan senarai nama perwakilan 2012.

"Tidak masuk akal untuk ROS minta kami mengadakan pemilihan semula menggunakan senarai nama 2012, seolah-olah PRU14 dijalankan menggunakan senarai nama PRU13," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa senarai nama sudah terlalu lama kerana segelintir daripada 2,576 orang yang disenaraikan telah meninggalkan parti atau meninggal dunia.

ROS pada 7 Julai mengumumkan DAP perlu mengadakan pemilihan semula CEC yang baru, tetapi hanya menghantar surat rasmi kepada parti itu 10 hari kemudian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.