Justeru Ahli Jawatankuasa Kerja DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata masih terlalu awal untuk memberi maklum balas terhadap kenyataan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir yang enggan membenarkan DAP menggunakan logo partinya sekiranya pendaftaran parti dominasi Cina itu terbatal.
“Jadi macam ini lah. Ini terlebih awal untuk saya buat komen kerana benda ini belum berlaku.
“Saya tidak boleh buat komen kerana DAP akan adakan pilihan raya pemilihan yang dicadangkan. Itu yang sudah ditetapkan. Sebab itu lah anggaran dan sekiranya dan sebagainya yang berlaku sekarang. Kita tengok macam mana lah ye,” katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Semalam, Dr Mahathir menegaskan logo partinya, PPBM tidak boleh digunakan oleh DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti kerana ia mahu kekal sebagai parti Melayu dalam meraih sokongan pengundi Melayu.
Mantan perdana menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada DAP boleh bertanding pilihan raya umum kelak sekiranya pendaftaran parti itu dibatalkan RoS.
Dr Mahathir bagaimanapun berkata DAP masih boleh bertanding menggunakan logo dua parti komponen lain dalam Pakatan Harapan (PH) iaitu PKR dan Amanah, sekiranya perkara itu berlaku.
Pada 7 Julai lalu, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah meminta DAP
mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ekoran pelantikan ahli CEC dan pemegang jawatan utama DAP pada 29 September 2013 dianggap tidak sah dari segi undang-undang.
Beliau berkata, pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi pada pemilihan CEC DAP bertarikh 15 Disember 2012, yang melibatkan seramai 2576 perwakilan dari 865 cawangan.
Mohamad Razin berkata pemilihan semula CEC yang baru adalah perlu bagi memilih 20 orang anggota yang sah berpandukan kepada Akta Pertubuhan 1966 dan Perlembagaan Parti DAP untuk membolehkan pemilihan itu diiktiraf RoS.
DAP kelmarin menyatakan kesediaan untuk mengadakan pemilihan semula CEC ‘dalam keadaan protes’ (under protest).
Naib Pengerusinya, Teresa Kok berkata parti itu tiada pilihan melainkan menuruti arahan RoS kerana PRU14 semakin hampir.
Bagaimanapun Kok menegaskan, parti itu tetap mempunyai hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya perlu – AP
LIHAT VIDEO DI SINI
LAGI VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.