DI WAKTU usia yang
sudah menjangkau 90 tahun, seseorang itu seharusnya berehat, meluangkan
masa dengan keluarga dan apa yang lebih penting mendekatkan diri dengan
Allah SWT.
Namun tidak bagi Pengerusi Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dilihat kembali
aktif dalam politik.
Jika diikutkan tempoh masa iaitu selama 22 tahun Mahathir menjadi Perdana Menteri bukan satu waktu yang singkat.
Selepas meletakkan jawatan sebagai
Perdana Menteri, rakyat pasti merasakan Mahathir sudah mahu bersara
dalam arena politik negara.
Tetapi sebaliknya, Mahathir kini
menentang kerajaan yang beliau terajui selama 22 tahun sebelum ini dan
bersama pula dengan musuh politiknya sebelum ini iaitu Pakatan Harapan.
Terbaharu, Mahathir memaklumkan pula
hasrat untuk bertanding di Parlimen Pekan untuk menentang Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Persoalannya, beranikah Mahathir untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan?
Satu lagi persoalan, kenapa Pekan dan tidak kerusi Parlimen lain?
Jawapannya mudah sahaja, niat Mahathir
adalah untuk menjatuhkan Najib dan sebab itu bekas Perdana Menteri itu
mahu bertanding di Pekan.
Adakah rakyat Pekan akan menerima Mahathir jika beliau benar-benar bertanding di situ?
Najib bukan baharu di Pekan. Beliau telah menjadi wakil rakyat Pekan pada tahun 1976 pada usia 23 tahun.
Jika dikira, sudah 40 tahun Najib menjadi Ahli Parlimen Pekan dan pasti telah mengenali dengan rapat semua rakyat di situ.
Berapa lama pula Mahathir
berkhidmat di Pekan dan sepanjang menjadi Perdana Menteri dahulu,
kerapkah Mahathir turut bertemu rakyat di Parlimen itu?
Bagaimanapun, tidak salah jika Mahathir mahu bertanding di Pekan.
Teruskan niat itu dan biar rakyat Pekan sendiri yang membuat keputusan.
Adakah sudah lama Mahathir berhasrat untuk bertanding di Parlimen Pekan?
Pada Mei 2017, Mahathir menyampaikan mesej khusus kepada penduduk Pekan.
Dalam mesej kira-kira empat minit itu,
Mahathir berharap penduduk Pekan menolak Najib pada pilihan raya akan
datang kononnya bagi menyelamatkan negara ini.
Pesanan Mahathir itu disiarkan dalam video di laman sosial Facebook PPBM.
Ternyata Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan Najib.
Umum mengetahui kenapa Mahathir berbuat demikian. Ianya untuk memenuhi agenda politiknya yang belum tercapai.
Apakah agenda berkenaan? Sudah tentu untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
Mungkin Mahathir akan berjaya mencapai hasratnya itu jika beliau berjaya menewaskan Najib.
Tetapi, adakah Mahathir berani berbuat demikian untuk bertanding di Pekan?
Rakyat pastinya menantikan sama ada bekas Perdana Menteri itu akan benar-benar bertanding di Pekan atau tidak.
Bukan sahaja Mahathir, hasrat itu sebelum ini juga dinyatakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
Tidak kiralah Mahathir ataupun Azmin, jangan sekadar membuat kenyataan bagi mencari populariti murahan.
Jika mahu bertanding, bertandinglah di kerusi Parlimen Pekan menentang Najib.
Dalam sistem demokrasi negara juga tidak menghalang Mahathir atau Azmin untuk bertanding di Pekan.
Teruskah niat itu dan biarkan kepada rakyat Pekan untuk menentukannya.
Najib pastinya tidak mempunyai masalah untuk mana-mana pihak menentangnya di Pekan pada pilihan raya akan datang.
Kerana yang menentukannya bukanlah Najib tetapi rakyat dan pengundi di situ.
Mahathir juga telah dicabar bertanding di Pekan, jadi sahutlah cabaran itu.
Cuma kita minta Mahathir jangan cipta
sebarang alasan jika kekalahan besar di Pekan nanti menjadi punca
Pakatan Harapan menanggung malu besar akibat rasa bongkak bekas perdana
menteri keempat negara itu sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.