Ahad, 2 Julai 2017

PAS Dan Pakatan Harapan Sukar Menumbangkan Bn



 
Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Setakat ini PAS dan PH tak ada plan tindakan yang betul-betul meyakinkan rakyat untuk mengambil alih pemerintahan Umno/BN. Tak payah nak marahkan pendapat saya. Cuba teliti betul-betul apa yang PH dan PAS dah rancang untuk menjadi pemerintah.

2) PH hanya berslogan 'good governance', 'lawan koleptokrasi', atasi kebocoran, lawan rasuah dan seumpamanya. Too general. Rakyat tak nampak apa-apapun melainkan hanya mainan sentimen. Apabila rakyat tanya "bagaimana?", bermulalah silat pencak ahli politik membelit-belit pemikiran rakyat.
3) Sebenarnya bagaimanakah good governance yang nak dibuat? itu yang rakyat nak tahu. Apa indicatornya. Siapa yang akan urus. Apa kualifikasi pihak yang akan mengurus. Apa strategi dan pelan tindakan yang boleh diyakini? Bagimana? Apa? Siapa? Plan A, Plan B dan sebagainya. Tiada pendetailan.

4) Bagaimana meingkatkan kualiti hidup rakyat, ekonomi, sosial dan sebagainya. Apa plan tindakan. Bagaimana? Siapa pemainnya. Apa indikatornya. Siapa yang terlibat? Bagaimana ia boleh diyakini. Tiada detail untuk rakyat lihat, faham dan yakin.

5) Tawaran ke atas rakyat, rakyat tak nampak pun. Kalau ada pun mungkin PH syok sendiri. Berdirinya PH adalah atas kelemahan BN. Hidup atas tuduhan ke atas Najib itu ini. Daripada isu Altantuya (yg sudah diam sekarang ni), sampailah kepada isu 1MDB (DoJ), semuanya tak lekat. Najib buat bodoh saja. Kalau baca karangan cybertroopers PH, dah nampak macam Najib tu dah nak jatuh sangat-sangat. Last-last salahkan PAS konon beri tongkat kepada Najib.

6) Nyatalah semua itu hanya tuduhan dan persepsi yang dibuat untuk menjatuhkan Najib. Sekalipun benar, ia tak menggugat Najib kerana Najib dah pandai pun baca cara anda bermain isu. Kalau Najib bersalah, tak ada tongkat yang mampu support Najib. Kalau Najib memang disahkan bersalah oleh Mahkamah, tak perlu pun PH serang atau PAS beri tongkat. Serigala-serigala dalam Umno/BN itu sendiri akan tumbangkan Najib. najib akan diratah orang-orangnya sendiri. Namun disebabkan tuduhan ke atas Najib hanya bersifat tuduhan, serigala pun tak berani nak baham.

7) Sebab itu lah semua isu yang menyerang Najib daripada PH dan PAS, memang tak tumbang punya. Malah Najib akan terus baiki kelemahan, menutup segala lubang dan rahsia, serta menunjukkan bagaimana "good governance" kepada rakyat. Sedangkan PH terus membuang masa menyerang Najib tanpa ada plan tindakan yang baik sebagai tawaran kepada rakyat, untuk rakyat lebih yakin. Rakyat akan terus bosan dengan PH jika bermain isu pengundi hantu, blackout, salahkan SPR, salahkan PAS, salahkan apa saja konon diri sendiri tak salah bila kalah pilihanraya. Hakikatnya usahaka kita tak cukup berkesan.

8 ) Betul kita semua marahkan Najib. Kita pun tak mahu Najib terus memerintah. Biar orang lain pula ambil alih. Biar parti lain ambil alih. Tapi cara kita dengan mensasarkan Najib sahaja tak akan ke mana. Kita kononnya galak bermain isu DoJ, Jho Low dan sebagainya. Ada Najib kisah? Akaun dia dibeku diluar negara? Harta dia di sita di luar negara? Dia tak akan berganjak dan tidakakan mengaku salah. Sebab semua itu belum menjadi bukti dia bersalah. Kerana belum ada pendakwaan, belum ada keputusan bersalah oleh mana-mana mahkamah. Sebab itu Najib tak kisah. Kita sahaja galak, sebab kita dah anggap Najib bersalah.

9) Jadi strategi bongkar membongkar sahaja tidak akan ke mana. kita sendiri kena ada plan tindakan yang betul dan detail. Apa yang kita akan buat. Bentangkan portfolio kementerian dan jabatan, skop tugas dan apa pelan tindakan yang kita sebut good governance. Jika ada berlaku kleptokrasi, apa pelan tindakan. Jika berlaku ketirisan, senaraikan langkah-langkah pencegahan disamping hukuman. Untuk merancakkan ekonomi, apa strategi. Jika kita rancang untuk turunkan harga petrol, apa pelan tindakan untuk win-win situation antara pengusaha dan pengguna. Kita nak mansuhkan GST apa sumber alternatif kelak. Semua kena ada plan untuk dibentangkan. Tak cukup sekadar cakap good governance. Pemain-pemain politik PH pun belum tentu semuanya baik dan bebas kleptokrasi. Rakyat tahu selagi kita belum berkuasa, kita belum diuji. Good governance hanyalah lontaran idea kosong semata. Tanpa pendetailan, rakyat sukar untuk yakin.

10) Sama seperti PH, PAS belum diuji dengan kuasa (memerintah Malaysia). Jadi rakyat masih belum yakin sepenuhnya kebolehan PAS tambahan pula dimomok sebagai parti lebai. PAS pula mungkin sudah nampak betapa mereka kekurangan kepakaran untuk create pelan tindakan untuk menjadi alternatif kepada pemerintahan BN. Kepakaran ada, tapi belum cukup. PAS nampak bukan semua kerja buat BN itu teruk dan buruk. Ada yang masih baik dan boleh diguna pakai. Jadi saya rasa PAS mahu mengislah pemerintahan jika berpeluang memerintah tanpa merombak apa yang BN buat. Hanya akan menyentuh mana-mana bahagian yang menyeleweng dan membaik pulih dengan cara yang difikirkan sesuai. Sebab itu PAS tidak mahu menumbangkan Najib/BN secara total lost. PAS mahu guna kepakaran yang tersisa daripada pemerintahan BN. Walaupun PAS sudah tidak bersama kita, namun langkah PAS tak semestinya tumpul dan bodoh. Kita yang sepatutnya nilai semula cara kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.