KOTA BHARU: Kumpulan pertama 160 jemaah haji dari negeri ini berlepas
ke tanah suci Madinah selepas transit di Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi ini.
Majlis keberangkatan mereka di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji, di sini, disempurnakan Menteri
Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob.
Pengarah Tabung Haji (TH) Kelantan, Wahyudin Tamami, berkata sebaik
tiba di KLIA, mereka akan bergabung dengan jemaah haji dari stesen
Kelana Jaya, menjadikan keseluruhan 467 jemaah berlepas ke Madinah pada
jam 5.50 pagi.
Katanya, sebanyak 16 penerbangan membabitkan 3,200 jemaah haji di
negeri ini akan ke Tanah Suci, bermula malam ini hingga 5 Ogos.
"Saya menasihatkan jemaah haji supaya menjaga kesihatan dan sentiasa mendengar arahan petugas TH," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.