Astro Awani
Walaupun seolah-olah tidak logik namun ia diberikan kepada lebih 2,000 penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Medan di sini sempena sambutan Aidilfitri.
Penganjur program, Timbalan Koordinator Pembangunan Persekutuan DUN Taman Medan Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim berkata inisiatif itu diambil pihaknya sempena kehadiran Syawal dalam membantu mereka yang memerlukan khususnya golongan kurang berkemampuan.
"Sekurang-kurangnya ia membantu. Terima kasih pada yang semua yang hadir," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Abdul Mutalif berkata sumbangan minyak petrol percuma itu adalah untuk memberikan keselesaan kepada penduduk setempat agar kemeriahan dan kedatangan Syawal dapat dirasai bersama-sama.
Salah seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Siti berkata, program itu membantu mereka yang memerlukan khasnya pada masa kenaikan harga pelbagai jenis barang keperluan.
Seorang lagi penduduk, Mohd Danial berkata program ini sedikit sebanyak dapat membantunya menjimatkan wang.
Jelasnya, peruntukan minyak percuma membantu memudahkannya melawat rakan-rakan pada Hari Raya Aidilfitri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.