Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bukan menentang pihak polis, tetapi melawan rasuah, kata Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).
"LPPR ingin menjelaskan operasi SPRM dijalankan bagi menentang segala bentuk rasuah dalam masyarakat secara keseluruhannya dan adalah menjadi kesalahan untuk sesiapa jua yang mengatakan polis menjadi sasaran khas.
"Perjuangan adalah menentang rasuah dalam kerajaan, perniagaan dan politik," kata Pengerusi LPPR, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim dalam kenyataan media.
Dalam perkembangan yang sama, tambahnya, dalam setiap anggota polis yang melakukan rasuah dalam apa jua pangkat atau jawatan, terdapat ribuan anggota lain menjalankan tugas yang sukar lagi merbahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.