shahbudindotcom
Seperti suatu kemestian, bahkan bagai acara tahunan, Najib Razak bercuti lagi ke luar negara pada Hari Raya kedua kali ini.
Menurut
laporan beberapa media Indonesia, Najib dan keluarganya akan
menghabiskan masa selama lima hari bercuti di Bali bermula semalam.
Di
Bali, beliau dan keluarganya akan menginap di Hotel St. Regis, hotel
yang sama pernah menjadi tempat penginapan Raja Salman dari Arab Saudi
ketika bercuti sebelum ini.
Turut
sama berada di Bali ialah bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack
Obama. Namun, tidak dipastikan mereka akan bertemu atau sebaliknya.
Selepas
menghabiskan cuti selama lima hari di Bali, Najib difahamkan akan
terbang pula meneruskan lagi percutiannya ke Perth, Australia.
Namun,
seperti tahun-tahun sebelumnya juga, percutian Najib dan keluarga di
Hari Raya kedua ini dilakukan secara senyap-senyap dan tidak ada menteri
kabinet, pemimpin UMNO dan penyokong yang menghantar untuk
mengalu-alukan pemergiannya.
Menjelang
Hari Raya baru-baru ini, askar maya pro Najib sibuk mengecam Tun
Mahathir Mohamad yang diketahui akan menyambut lebaran di London bersama
keluarganya.
Gambar-gambar
beliau ketika berada di KLIA dan kemudian menunaikan solat sunat Aidil
Fitri di London malah tular di media-media sosial.
Tanpa
usul periksa dan memahami bahawa Tun Mahathir ada beberapa jemputan
rasmi di London dan pemergiannya itu kemudian turut disertai anak-anak
serta ahli keluarganya yang lain kerana mereka ingin menyambut Hari Raya
bersama-sama, ramai askar maya pro Najib mempertikai dan menyindir
tindakan bekas Perdana Menteri tersebut.
Hakikatnya,
mereka lupa, Najib hampir setiap tahun, sebaik saja selesai majlis hari
raya pada hari pertama di Seri Perdana, biasanya akan terbang bercuti
ke luar negara untuk setidak-tidaknya selama dua minggu lamanya.
Tahun ini, nampaknya, acara itu diteruskan lagi dengan Bali sebagai destinasi pertama dan Perth untuk lokasi yang seterusnya.
Kenapa Bali dan Perth saja?
Kebetulan atau memang sengaja mahu bertemu dengan Obamai Bali dan kemudian rehat-rehat lagi di Perth?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.