KINABATANGAN: Sembilan lagi penduduk Kampung Paris 1 yang hilang di
Hutan Simpan Ulu Segama, dekat Lahad Datu ditemui tengah hari tadi.
Semua mangsa ditemui pada jam 1.20 tengah hari di kawasan hutan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan A Sahak Rahmat, berkata
pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kini dalam proses membawa keluar
semua mangsa dari kawasan hutan simpan itu.
"Semua mangsa selamat. Proses membawa keluar semua mangsa masih dilakukan," katanya dipetik Berita Harian Online.
Rabu lalu, lima penduduk dari Kampung Paris 1, memasuki hutan berkenaan untuk menangkap ikan di Sungai Bilong.
Selepas lebih dua hari tidak pulang dan gagal dihubungi, sekumpulan
sembilan penduduk yang lain pergi ke hutan itu untuk mencari mangsa,
namun turut hilang.
Lima mangsa pertama ditemui penduduk di Kampung Balat, kira-kira jam 10 pagi tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.