Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata usaha beliau bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya penyata akaun bank Datuk Seri Najib Razak didedahkan adalah untuk membantu perdana menteri membersihkan namanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas hujah peguam Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam bahawa dengan berbuat demikian akan benar-benar “prejudicial” atau memudaratkan perdana menteri.
"Pejabat Perdana Menteri seharusnya cukup bijak untuk mengetahui bahawa apa yang saya lakukan sebenarnya akan membersihkan nama perdana menteri.
"Mendedahkan penyata banknya secara terbuka dengan jelas akan menunjukkan kebenaran berhubung tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.
"Apabila kita melihat akaun itu semua tuduhan boleh diselesaikan dengan segera, selepas itu kita boleh bercakap mengenai pengharaman arak, TN50 atau apa-apa sahaja yang penting untuk negara.
"Bagaimana pendedahan seperti ini boleh disifatkan sebagai prejudicial," soalnya dalam satu catatan di blog hari ini.
Akaun bank Najib yang mahu didedahkan oleh Zaid itu adalah akaun yang menerima dana daripada syarikat milik negara SRC International Sdn Bhd.
Dokumen yang dipegang oleh Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada sidang akhbar pada bulan Januari tahun lalu menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya RM32 juta disalurkan ke akaun perdana menteri daripada SRC International.
Mohamed Apandi membersihkan Najib daripada sebarang salah laku atas alasan bahawa perdana menteri tidak sedar wang berkenaan dimasukkan ke dalam akaunnya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.