OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM,: Seramai 200,000 peserta sudah mendaftar Skim Peduli
Sihat sehingga 30 Mei 2017 sekaligus melepasi sasaran 50,000 peserta
bagi suku tahun pertama 2017.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate, Noor Hisyam Ghouth berkata,
setiap bulan berlaku peningkatan pendaftaran ahli baru menerusi gerak
gerja bersepadu dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
dan beberapa NGO tempatan.
“Alhamdulillah program ini terus mendapat sambutan menggalakkan. Kita
sudah melakukan lebih 30 jelajah di seluruh Selangor bersama UPEN dan
beberapa NGO.
“Walaupun
kita hanya sebagai vendor namun tugasan seperti pengiklanan dan promosi
menerusi media massa juga kita lakukan,” katanya.
Beliau berkata sasaran satu juta rakyat Selangor mendaftar dalam Skim
Peduli Sihat ini mampu direalisasikan mengikut perancangan yang
ditetapkan.
Selain itu, Selgate turut menggunakan applikasi BookDoc bagi membantu pengguna menetapkan tarikh temujanji bersama doktor.
Bagi 2017, Kerajaan Negeri mensasarkan mensasarkan satu juta rakyat
Selangor bakal mendapat manfaat daripada Skim Peduli Sihat yang
memberikan perlindungan kesihatan asas bagi menampung kos sara hidup
semasa.
Jumlah itu dianggarkan daripada 250,000 keluarga dalam kumpulan B40
yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dengan pendapatan antara
RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.