Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: PAS akan memastikan Kelantan kekal dibawah pentadbiran parti
itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang bakal diadakan dalam
tempoh setahun.
Justeru Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti
akan memastikan seluruh jentera bekerja lebih keras demi memastikan
kemenangan pada pilihan raya umum itu.
"Yang ini saya tak boleh nak komen sebab perkara yang belum berlaku.
"Cuma kita harapkan kita pertahankan kemenangan di Kelantan," katanya kepada Antarapos.
Tambah beliau kemenangan PAS memberi jaminan pelaksanaan dasar berteraskan Islam di Kelantan akan terus dipraktikkan.
"Bagaimana bentuknya pentadbiran kalau bukan daripada PAS tiada jaminan.
"Sebab kalau Umno ini nak buat mereka boleh buat di negeri-negeri lain
yang dikuasai yang tak pernah parti lain menang," katanya.
Jelas Tuan Ibrahim, beliau secara peribadi bimbang sekiranya polisi
'Membangun Bersama Islam' akan ditukar sekiranya kemenangan tidak
berpihak kepada PAS.
"Kalau nak ubah Umno dah boleh buat sekarang, tak perlu nak tunggu menang di Kelantan," katanya.
Mengulas lanjut beliau berkata setelah 27 tahun PAS kini berada pada kedudukan mantap untuk terus mentadbir Kelantan.
"Cuma sebenarnya yang penting pada pentadbiran bukan nama tapi kandungannya.
"Kalau polisinya membangun bersama Islam maka polisi-polisi yang bercanggah dengan syarak tak boleh adalah dilakukan," katanya.
Sehubungan itu tegas bekas Pesuruhjaya PAS Pahang ini lagi, parti perlu
kekal kuat dan menjadi elemen penting dalam pembentukan kerajaan di
peringkat negeri sekaligus berjuang mempertahan kemenangan di Kelantan.
"Contohnya kita menang di Kelantan, jadi apa yang Tuhan (Allah) tak
bagi buat benda yang haram kita cuba tutuplah termasuk pusat perjudian,
tempat maksiat dan sebagainya.
"Jadi kita membangun kerana nilai-nilai yang selaras dengan Islam," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.