Jumaat, 2 Jun 2017

Muhyiddin akui gelombang keluar parti di Perak

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PULAU PINANG: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mengakui parti itu kini dilanda gelombang keluar parti yang dicetuskan oleh ' orang dalam' yang tidak berpuas hati terhadap keputusan pucuk pimpinan.
 
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata , beliau ketika ini sudah mengenal pasti individu yang menjadi punca ahli-ahlinya di Perak keluar parti baru-baru ini.
 
Namun katanya, beliau berpendapat tidak adil kumpulan berkenaan menyalahkannya berhubung isu yang berlaku di Perak termasuk kontroversi pelantikan Ketua PPBM Perak.
 
"Saya tidak faham kenapa mereka marahkan saya sedangkan keputusan dibuat oleh pucuk pimpinan parti, "katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di Pulau Betong, Balik Pulau di sini malam tadi. 
 
Minggu lalu, lebih 1,000 ahli termasuk 50 pemimpin peringkat negeri dan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mengumumkan peletakan jawatan dan keluar parti berkuat kuasa serta merta.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.