Rasanya semua dah tahu di
Malaysia, semua sistem perbankan akan berhenti beroperasi setiap jam 12
malam dan ini termasuklah mesin ATM dan CDM. Jadi setiap transaksi
hendaklah dibuat sebelum jam 12 malam.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sesetengah pintu automatik kepunyaan bank juga akan terkunci secara automatik pada jam 12 malam. Lelaki ini mungkin baru menyedari dirinya lelaki terkunci dalam bank sejurus selepas dia habis menyelesaikan urusannya.
Namun, mungkin ramai yang tidak tahu sesetengah pintu automatik kepunyaan bank juga akan terkunci secara automatik pada jam 12 malam. Lelaki ini mungkin baru menyedari dirinya lelaki terkunci dalam bank sejurus selepas dia habis menyelesaikan urusannya.
Teman wanita kepada lelaki sempat memuat
naik beberapa keping gambar lelaki itu. Difahamkan kejadian berlaku di
salah sebuah bank di Seremban. Gadis itu menulis: ‘Saya tak tahu nak
menangis atau ketawa!. Teman lelaki saya masuk ke dalam kurang 5 minit
tetapi sekarang dia terkurung di dalam dan pengawal keselamatan pun tak
kelihatan. Kena panggil bomba nampaknya ni!’
Rata-rata netizen turut sempat bergurau
mengenai kejadian tersebut. Salah seorang darinya mencadangkan agar
membiarkan saja lelaki itu tidur di dalam dan menjemputnya keesokan
hari.
Nampaknya, bukan lelaki ini saja yang
pernah terperangkap dalam bank seperti ini, malah ada juga netizen
pernah mengalami kejadian yang sama. Netizen tersebut menasihati gadis
itu terdapat satu butang untuk membuka pintu tersebut dari dalam tetapi
lelaki itu telah mencuba dan ianya tak berfungsi.
Mereka juga cuba untuk menolak pintu
berkenaan tetapi tak berjaya malah tiada pengawal keselamatan kelihatan
di kawasan sekitar tempat tersebut. Ini menimbulkan tanda tanya
bagaimana teman lelaki wanita itu boleh terkurung di dalam bank
tersebut.
Gadis itu menjelaskan, teman lelakinya
itu mahu ke bank untuk memasukkan duit manakala dia sedang tunggu di
dalam kereta. Tak lama kemudian lelaki itu menelefon teman wanitanya dan
mengatakan dia terperangkap di dalam bank.
‘Pada mulanya saya ingatkan dia membuat
lawak sehinggalah saya pergi melihat dengan mata saya sendiri. Ketika
itu ada seorang pakcik yang turut membantu untuk menolak pintu
bersama-sama dan kami tergelak dengan keadaan tersebut’.
Gadis tersebut kemudian menelefon nombor
syarikat keselamatan yang tertera dan seorang pekerja syarikat tersebut
terkejut dengan apa yang berlaku dan pekerja itu menolong untuk membuka
pintu tersebut. Selepas beberapa ketika, pintu tersebut terbuka dengan
sendirinya dan teman lelaki saya pun berjaya keluar’.
Rasanya apa yang menimpa lelaki ini
sangat luar biasa. Nasib baik boleh buka, jadi sentiasa selesaikan
urusan bank sebelum pukul 12 malam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.