Rabu, 28 Jun 2017

Keluarga dakwa ibu, adik ditahan secara tidak sah

MALAYSIAKINI


Seorang ahli keluarga dua wanita yang ditangkap dan disabitkan dengan kesalahan mencuri mendakwa bahawa mereka ditangkap secara tidak sah.

Ibu tunggal warga Singapura, Quek Chin Fern, 42, dan anaknya, Cheryl Isabella Lim, 18, dijatuhkan hukuman penjara satu hari pada 22 Jun lalu oleh sebuah mahkamah majistret di Johor Bahru.

Bagaimanapun, anak lelaki Quek, Miguel Lim, 19, memberitahu Malaysiakini bahawa ibunya dan adiknya masih meringkuk di Penjara Kluang, sehingga kini.

Menurut Lim, beliau berjaya berhubung dengan ibunya, selepas wanita itu dibenarkan membuat panggilan telefon.

"Ibu saya kata tangannya terseliuh semasa ditahan dan tidak ada rawatan perubatan yang diberikan kerana tidak ada orang di klinik penjara.

"Dia kata bahawa dirinya dan adik saya hanya akan dibebaskan minggu ini, tetapi tidak tahu alasannya," kata Lim hari ini.

Ibu dan adiknya juga tidak diwakili oleh sebarang peguam, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.