Banyak majalah perlancongan antarabangsa menulis bahawa kos untuk melancong di London hari ini, adalah antara yang murah di dunia, malah mengatasi Bali di Indonesia.
Kejatuhan nilai pound sejak kebelakangan ini berbanding Ringgit, menjadi punca kenapa ramai rakyat Malaysia kini bercuti di London kerana nilai yang murah. MAS umpamanya, telah menamatkan hampir kesemua penerbangan jarak jauh antarabangsanya, kecuali London kerana kemurahannya.
Ditambah dengan isu Brexit, telah menjadikan London sebagai tempat yang paling murah untuk bercuti.
Sementara kos bercuti di Bali Indonesia, telah menjadi terlalu mahal terutama sejak keluarga diraja Arab Saudi dan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama menjadikan tempat itu sebagai lokasi percutian mereka.
Kita tahu keluarga diraja Arab Saudi membelanjakan ratusan juta dollar semasa bercuti di Bali dan ini telah menaikkan taraf dan harga penginapan di kawasan tersebut sehingga menjadi terlalu mahal kerana prestij yang dijanakan olehnya.
Entah berapa banyak lagi dibelanjakan oleh Obama.
Justeru, Tun Mahathir membuat keputusan yang tepat dengan bercuti di London, berbanding Najib yang memilih untuk bercuti di Bali. Tidak hairan ramai rakyat marah kerana Najib bercuti di Bali, tidak lokasi lain yang lebih murah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.