Ahad, 28 Mei 2017

Selamat berjaya Agilan, ‘The Cinderella Man’

Berita Daily Staff

Selepas menjadi mangsa buli pada zaman sekolah kerana berat badannya, anak jati Sentul ini kini di persada dunia

AGILAN THANI mungkin bakal atlet MMA (mixed martial art) pertama Malaysia bergelar juara dunia, menentang juara dunia Ben Askers di ONE Welterweight World Championship malam ini di Arena dalam Singapura.

Agilan, 21, juga dikenali sebagai ‘alligator’ Thani yang kini memegang rekod 7-0 sedia membuat kejutan menentang lawannya Askers juga tidak pernah kalah yang memiliki rekod 15-0.

Walaupun, berada kemuncak dunia, kejayaan Agilan ini bukan diperolehi dengan senang. Banyak perlawanan sudah dihadapinya sebelum mencapai tahap itu termasuk mengatasi obesiti ketika zaman persekolahan.

Ketika zaman remajanya, anak jati Kuala Lumpur ini mempunyai berat sekitar 139kg sebelum menemui seni bela diri untuk menewaskan godaan terhadap makanan.

“Dulu saya sangat gemuk ketika mula-mula terlibat dalam dunia seni mempertahankan diri, ketika berusia 13 tahun. Ketika itu saya bermula dengan karate, namun berat tidak turun kerana tabiat makan yang teruk.

“Apabila saya katakan saya pernah gemuk, orang menyangkakan saya tidak mampu menaiki tangga atau berlari. Tapi sebenarnya saya boleh melakukan semua itu tetapi dalam tempoh singkat. Saya juga mempunyai masalah kesihatan asma kronik.

Thani II

“Ketika berusia 16 tahun, saya mulakan latihan dalam seni mempertahankan diri, bukan kerana dibuli. Semuanya kerana filem China, SPL:Sha Po Lang, yang dibintangi Donnie Yen. Dalam filem itu ada babak pergaduhan yang menarik perhatian saya. Ia membuatkan saya teruja dengan seni mempertahankan diri. Saya mula membuat rujukan jenis-jenis seni mempertahankan diri yang digunakan Donnie Yen.

“Saya mula memahami untuk menjadi profesional dalam seni mempertahankan diri, kita perlu mengamalkan pelbagai aspek seni tersebut seperti boxing, jujitsu Brazil, gusti, dan Muay Thai. Jadi saya pergi ke kelas jiu jiutsu Brazil, saya suka dan perlahan-lahan berat saya mula susut. Itu kali pertama saya kehilangan berat badan, kira-kira 6kg dalam masa dua bulan dengan tabiat makan yang teruk.

“Ketika sesi latihan memasuki bulan kedua, ayah saya kata saya tidak lagi perlu ke kelas jiu jitsu Brazil kerana jauh dari rumah dan agak mahal, jadi saya berhenti. Enam bulan kemudian, saya berunding dengan ayah saya untuk hadiah hari jadi saya yang ke-17, saya minta ayah daftarkan saya di Monarchy MMA sebagai hadiah hari jadi.

“Saya bermula dengan Muay Thai, tetapi tabiat makan saya masih teruk tetapi tubuh saya semakin menyusut. Saya ingat pada kelas pertama saya mengalami muntah tetapi jurulatih kata itu biasa kerana ianya hanyalah hari pertama.

LIHAT  VIDEO DI SINI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.