Oleh Wan Anis Ilyani W. M. Azhar
PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) akan memperkenalkan logo rasmi yang akan digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada Jumaat minggu hadapan.
Hal itu dimaklumkan oleh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad selepas gabungan pembangkang itu selesai
mengadakan mesyuarat petang tadi.
"Kita setuju
dengan logo Harapan, yang mana kita akan pakai perkataan Harapan dengan
sedikit pengubahsuaian," katanya kepada pemberita selepas Mesyurat
Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang
tadi.
Dr Mahathir bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lain berkenaan mesyuarat tersebut.
Malah apabila diajukan pemberita apakah PH turut membincangkan calon
perdana menteri untuk gagasan itu, Dr Mahathir memberitahu perkara itu
belum dibincangkan.
"Kita belum cakap lagi," katanya ringkas.
Turut hadir di mesyuarat berkenaan adalah Penasihat DAP, Lim Kit
Siang; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden
Amanah, Mohamad Sabu dan pemimpin-pemimpin parti komponen PH yang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.