SHAH ALAM: Lima lelaki dipenjara dan didenda kerana membelasah dan mencurah air panas menggelegak ke atas seorang lelaki.
Mahkamah Majistret di sini menjatuhkan hukuman penjara lima hari dan
denda RM6,000 setiap seorang selepas mereka mengaku salah, lapor Kosmo!
Mereka dituduh menyerang Mohamad Norarif Ab Latiff, 25 dan memiliki satu termos mengandungi air panas.
Tiga lagi tertuduh tidak mengaku bersalah dan diikat jamin RM5,000 setiap seorang. Kes disebut semula 6 Jun depan.
Pada 20 Mei lalu, Mohamad Norarif diserang sekumpulan lelaki di Jalan Mawar 1, Kampung Paya Jaras Hilir, dekat sini.
Mengikut Harian Metro, kejadian itu berikutan mangsa didakwa menjalin
hubungan dengan isteri bekas penyanyi kumpulan rock yang dalam proses
bercerai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.