IPOH – Pihak polis telah mengenal pasti ketua kumpulan
gengster di seluruh negara yang tangkapan ke atas mereka akan dilakukan
menerusi operasi khas tidak lama lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara,
Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata dengan tangkapan itu, kegiatan gengsterism di negara ini diyakini dapat dihapuskan secara drastik tidak lama lagi.
“Dalam tempoh setahun enam bulan ini, kita akan dapat jatuhkan kegiatan gengsterisme menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini, ” katanya dalam sidang media pada Majlis Serah-Terima Tugas Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini Selasa.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kegiatan gengsterisme yang dilapor menular dalam kalangan pelajar sekolah.
Dalam perkembangan berkaitan, Noor Rashid berkata seramai 40 anggota geng 24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).
“Selepas tindakan dikenakan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggakan baru-baru ini mereka menggunakan pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah.
“Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu di bawah Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraan kes,” katanya.
Noor Rashid berkata pihak polis akan meningkatkan lagi hubungan dengan sekolah sebagai usaha untuk memerangi kegiatan gengsterisme dalam kalangan pelajar.
Pada majlis itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi menyerahkan tugasnya untuk disandang Datuk Hasnan Hassan.
Abd Rahim yang telah berkhidmat dengan kontinjen polis Perak selama setahun akan bertukar ke Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengurusan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Turut diadakan ialah acara serah tugas Timbalan Ketua Polis Perak yang disandang Hasnan kepada Datuk Zainuddin Yaacob yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Operasi Darat, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman.— BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.