Sabtu, 27 Mei 2017

Hanya Di Pulau Pinang : Pesta Onani Di Bulan Ramadhan…





UMAT Islam akan menyambut Ramadhan pada hari sabtu ini 27 Mei 2017. Tahukah anda bahawa bulan Mei merupakan bulan onani bagi Pulau Pinang? Ini bermakna negeri yang ditadbir oleh kerajaan DAP itu akan mengadakan pesta onani ketika umat Islam menyambut bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.

Menurut satu poster yang sedang viral di media sosial, Pulau Pinang mengistiharkan bulan Mei sebagai “National Masturbation Month” yang bermaksud “Bulan Onani Nasional”.

Masihkah anda ingat bagaimana umat Islam dihina oleh pasangan Cina iaitu Alvin Tan dan Vivian Lee apabila mereka memuat naik status mengajak umat Islam berbuka puasa dengan babi? Kini pesta onani pula berlangsung dibulan Ramadhan.

Perlukah kita terus menerima penghinaan dari pihak pembangkang yang berselindung disebalik individu dan NGO tertentu bagi menjalankan agenda jahat mereka?

Pihak berkuasa didesak agar mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam perkara ini termasuk mereka yang berada dibelakang tabir.

Perlu kita ketahui bahawa sebelum ini sebuah kolej swasta terkemuka telah menganjurkan pesta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di mana mereka berbogel beramai-ramai di kawasan lapang sebuah resort di Bentong.

Kita melihat segala tindak tanduk biadap ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana mereka boleh mengenakan tekanan kepada umat Islam. Kesemua ini mempunyai maksud tersirat yang perlu diterjemahkan dengan betul agar kita tidak menyesal suatu hari nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.