shahbudindotcom
Naib
Presiden Bersatu, Hamidah Osman dipercayai akan meninggalkan parti itu
dalam waktu terdekat ini untuk menyertai Parti Bebas Rasuah pimpinan
Ezam Mohd Nor.
Hamidah
yang kini bermasalah dengan Bersatu dan semalam didesak oleh Syed
Saddiq Syed Abdul Rahman agar meletakkan jawatan kerana didakwa menjadi
dalang dalam isu perpecahan parti itu di peringkat negeri Perak,
dikatakan tiada pilihan lain selain menyertai Parti Bebas Rasuah untuk
meneruskan perjuangan politiknya.
Walaupun
Hamidah didakwa sudah sekian lama memendam rasa dengan Bersatu atas
beberapa perkara, cabaran Syed Saddiq semalam dikatakan menjadi antara
punca beliau mempercepatkan tindakannya itu.
Sebelum
ini, sudah terdapat rakan-rakannya yang mencadangkan beliau berbuat
demikian, tetapi mereka mahu Hamidah meninggalkan Bersatu setelah Parti
Bebas Rasuah diterima sebagai anggota baru Pakatan Harapan.
Namun, kini hasrat itu terpaksa dipercepatkan kerana terus kekal dalam Bersatu pun tidak bermakna apa-apa lagi baginya.
Hamidah
dikatakan tidak akan akan memilih untuk kembali kepada UMNO kerana
masih ingin bersama-sama dengan Tun Mahathir Mohamad dalam perjuangan
menyingkirkan Najib Razak, UMNO dan BN.
Hamidah
dipercayai hanya bermasalah dengan Muhyiddin Yassin yang merupakan
Presiden Bersatu dan dengan menyertai Parti Bebas Rasuah, wadah saja
yang berbeza baginya tetapi matlamatnya tetap sama sebagaimana sebelum
ini.
Selepas menyertai Parti Bebas Rasuah, Hamidah dipercayai akan diberikan satu jawatan penting dalam parti itu.
Parti
Bebas Rasuah, sebelumnya adalah Parti Generasi Baru dan kini sedang
dalam proses pertukaran nama dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Ia
ditukar nama sebaik Ezam mengambil alih parti tersebut.
Sekiranya
penyertaan Hamidah itu menjadi kenyataan, bermakna ketiga-tiga pemimpin
utama Parti Bebas Rasuah selepas ini adalah merupakan bekas ahli
Bersatu.
Sebelum
ini, Presidennya, Ezam Mohd Nor dan timbalannya, Khairuddin Abu Hasan,
turut pernah menyertai Bersatu tetapi kemudian keluar secara tiba-tiba
dengan alasan masing-masing sebelum mereka kemudian bergabung untuk
menerajui Parti Bebas Rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.