SERDANG: Polis melancarkan Ops Tutup bagi memburu empat lelaki yang
melarikan barangan kemas dari sebuah premis dalam sebuah pusat
beli-belah di Seri Kembangan, di sini, malam ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Lee Wai Leong,
berkata pengawal keselamatan pusat beli-belah itu menghubungi polis
kira-kira jam 7.30 malam.
Berdasarkan siasatan awal, empat suspek memakai topi keledar penutup
penuh meluru masuk ke premis dengan dua daripadanya bersenjatakan
pistol.
"Ketika kejadian terdapat empat pekerja dalam premis dan seorang pengawal keselamatan.
"Seorang suspek kemudian mengacukan pistol ke arah pengawal keselamatan
menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa. Pada masa sama, suspek
lain memecahkan ruang pameran sebelum melarikan barang kemas," katanya
dalam satu kenyataan.
Katanya, setakat ini belum dapat dipastikan jenis kenderaan dinaiki
suspek serta jumlah kerugian namun, kejadian berjaya dirakam kamera
litar tertutup (CCTV).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.