Selasa, 30 Mei 2017

Dua OKT kes bunuh Jong Nam tiba di Mahkamah Sepang

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SEPANG: Dua tertuduh kes pembunuhan abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam iaitu warga Vietnam, Doan Thi Huong dan warga Indonesia, Siti Aisyah tiba di Kompleks Mahkamah Sepang pagi tadi untuk sebutan semula kes.
 
Mereka tiba kira-kira jam 9.03 pagi, diiringi dengan konvoi pacuan empat roda Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) yang lengkap dengan topeng muka, berpakaian gelap dan diiringi polis trafik.
 
Thi Huong dan Siti Aisyah yang dikawal ketat oleh pihak polis dilihat memakai baju kalis peluru.
 
Petugas media mula berkumpul di Kompleks Mahkamah Sepang seawal jam 5.30 pagi untuk menunggu membuat liputan.
 
Jong-Nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un dipercayai dibunuh menggunakan racun ketika menunggu penerbangan ke Macau di aras pelepasan Klia2, pada 13 Februari lalu.
 
Dia yang menggunakan dokumen perjalanan Korea Utara dengan nama Kim Chol, dipercayai diserang seorang wanita yang menyerkup mukanya dengan kain yang dipercayai dibasahi dengan cecair beracun, kira-kira jam 8 pagi ketika duduk sementara menunggu penerbangan terbabit.
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.