Oleh Ainor Rahim & Shuhaniza Said
ALOR SETAR: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini
memberitahu partinya 'menutup pintu' kepada Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM).
Ujarnya, PAS sudahpun menilai dan mendapati PPBM adalah sebuah parti yang tiada hala tuju atau pimpinan yang jelas.
"Kita parti yang sama. Kita tak boleh layan parti yang tak samar-samar.
Kita sudah nilaian, parti Pribumi (PPBM) (adalah) parti yang tiada
ketentuan arah.
"Takde ketentuan arah dan pemimpin pun tidak tahu siapa. Siapa imam,
siapa makmum. Sebab itu kita sudah buat keputusan tidak ada hubungan
dengan parti itu," ujar Hadi dalam sidang media selepas merasmikan
Mukatamar PAS kali ke-63, di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut,
sebentar tadi.
Penegasan Ahli Parlimen Marang itu sekaligus menamatkan segala
spekulasi sebelum bahawa dua parti itu mungkin akan berkerjasama menuju
pilihan raya umum akan datang.
Hubungan PAS-PPBM pada mulanya agak lancar, dengan kedua-dua parti
beberapa kali berkongsi pentas ceramah, sehinggalah parti tajaan Tun Dr
Mahathir Mohamad itu memutuskan menyertai Pakatan Harapan (PH), 20 Mac
lalu.
PAS sebelum itu menyatakan, partinya tidak akan berkerjasama dengan mana-mana pihak yang ada hubungan dengan DAP dan Amanah.
Dalam sidang media yang sama, Hadi bertegas sasaran untuk memenangi 40
kerusi adalah pilihan raya akan datang adalah 'berpijak di bumi yang
nyata'.
"Kita adalah parti yang berpijak kepada alam kenyataan. Kita mempunyai
cawangan kawasan 165 daripada 222 kawasan Parlimen, seluruh negara. Kita
letakkan 40 kerusi itu tidak ekstrem. Kita rasakan itu sederhana
dibanding dengan 165 kawasan kita.
"Parti lain tiada kawasan, tiada cawangan. Bahkan di masa lalu mereka
bergantung dengan jentera PAS. Jentera PAS di seluruh negara yang
bergerak. Mereka tiada jentera. Mereka lebih berpolitik secara 'wabak'.
Tiada cawangannya dia 'wabakkan di kaki lima'," tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.