Penampilan tiga gadis berhijab dari Garut, Jawa Barat yang
menganggotai kumpulan metal Voice of Baceprot (VoB) tiba-tiba menjadi
tular dan mendapat perhatian meluas media Indonesia.
VoB dibarisi gadis berumur 15 hingga 16 tahun yang terdiri daripada
Firdda Kurnia (gitar dan vokal), Wiki Rahmawati (basis, vokal) dan Euis
Siti (pemain dram).
Bersama imej seluar ketat dan muzik membingitkan, ketiga-tiga anak muda yang masih menuntut di sekolah menengah itu memecahkan tradisi wanita berhijab demi minat mendalam terhadap muzik metal.
Bersama imej seluar ketat dan muzik membingitkan, ketiga-tiga anak muda yang masih menuntut di sekolah menengah itu memecahkan tradisi wanita berhijab demi minat mendalam terhadap muzik metal.
Mana tidaknya, muzik VoB dengan genre hip metal funky banyak dipengaruhi melodi-melodi seperti Muse, System of A Down, Red Hot Chlili Peppers, Eminem, Sublime, Metalica, Linkin Park, Tool, Gigi, Pas Band dan Netral.
Lagu Enemies of the Earth mengetengahkan mereka hingga ke peringkat nasional.
Sejak muncul pada 3 April lalu, lagu yang membawa mesej alam sekitar
dan disiar di laman Facebook peminat mereka dikongsi lebih 31,000 kali.
Untuk rekod, ketiga-tiga remaja berkenaan mula menubuhkan kumpulan
pada 2014 dan mula mendapat populariti di tempat kelahiran mereka selain
pernah memenangi beberapa pertandingan band tempatan.
LIHAT VIDEO DI SINI
LIHAT VIDEO DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.