PENENTANGAN secara konsisten PAS terhadap cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) kini turut mendapat persetujuan mufti
apabila juga kini telah bersuara mengenainya.
Perwakilan Wilayah Persekutuan, Farhan Mohd Zain berkata kerajaan
perlu kepada penyelesaian secara Islam bagi memperkenalkan cukai kepada
rakyat.
“Malah PAS telah mengeluarkan Dokumen Hijau sebagai pilihan alternatif bagi menyelesaikan isu percukaian di negara ini.
“Sejak awal lagi PAS menjelaskan GST adalah tidak berlandaskan
syarak. Sepatutnya kita mempunyai kaedah alternatif daripada GST
sekarang,,” katanya ketika membahas ucapan dasar Presiden pada muktamar
petang ini.
Misalnya kata beliau cukai korporat yang dipunggut kerajaan sekarang lebih RM38 Bilion lebih besar berbanding kutipan GST.
Mufti Pulai Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor hari ini dilapor
berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai
rakyat adalah haram dan bercanggah dengan nilai keadilan yang
dikehendaki Islam.
Menurutnya pelaksanaan GST oleh kerajaan telah menimbulkan banyak
masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.