Oleh Farhain Mazlan
SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini dengan
rasminya mencela tindakan ADUN Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad
Dahlan, ekoran cuba menaruh prasangka buruk dalam ucapannya di dalam
dewan.
Pernyataan itu dibaca Timbalan Speaker, Mohd Shafie Ngah pada akhir
sesi persidangan dengan meminta Mat Nadzari berdiri untuk dewan membaca
hukuman pertuduhan ke atasnya.
Dalam pernyataan dua muka surat itu, Mohd Shafie memberitahu,
Jawatankuasa Hak Dan Kebebasan telah memutuskan Mat Nadzari cuba menaruh
prasangka buruk di dewan melalui petikan ucapannya pada persidangan
DUN, pada 1 November tahun lalu.
Sementara itu Speaker, Hannah Yeoh menerangkan bahawa hal dalam negeri
yang telah diputuskan dalam dewan atau jawatankuasa tinggi tidak boleh
dicabar oleh sebarang pihak.
“Beliau membawa perkara ini ke Mahkamah untuk mendapatkan deklarasi
untuk menyatakan ucapan beliau tidak menyalahi sebarang ucapan tetap.
“Samada ucapan beliau melanggar ucapan tetap atau tidak, keputusan itu
terletak kepada Speaker atau Timbalan Speaker Dewan, bukan mahkamah.
“Itu pendirian kita dan dewan negeri telah setuju dan luluskan penyata tersebut," katanya lagi.
Nadzari pada 6 Mac lalu memfailkan saman pemula bagi mendapatkan
pengisytiharaan bahawa ucapannya di dewan dilindungi peruntukan
undang-undang, menurut Artikel 77 Undang-Undang Tubuh Negeri dan Artikel
10 Perlembagaan Persekutuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.