ANTARAPOS.COM
PUTRAJAYA: Kementerian Luar sedang bekerjasama dengan Kelab Putera
1Malaysia untuk membawa pulang dua mangsa culik warga Malaysia yang
diselamatkan pasukan keselamatan Filipina Khamis lepas.
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Abdul Rahim Summas, 62,
dan Tayudin Anjut, 45, akan diterbangkan ke Manila dengan penerbangan
ihsan Tentera Udara Filipina sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
"Kedutaan Besar Malaysia di Manila akan menghulurkan bantuan yang sewajarnya semasa ketibaan di Manila," kata Wisma Putra.
Kementerian Luar berkata kerajaan Malaysia melahirkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada kerajaan Filipina atas usaha menyelamatkan kedua-dua
mangsa culik tersebut.
Abdul Rahim dan Tayudin, kru kapal tunda Serudong Tiga yang diculik
oleh pengganas Abu Sayyaf di perairan Dent Haven di Lahad Datu pada 18
Julai lalu, diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi
di selatan republik itu pada awal pagi Khamis.
Bagaimanapun, status tiga lagi kru yang turut diculik dalam kejadian
tersebut iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32 dan Mohamad
Jumadil Rahim, 23 belum diketahui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.