KERAJAAN Selangor sedang membina 20,675 unit
Rumah Selangorku menerusi 24 projek sejak Insentif Pembinaan Rumah
Selangorku diperkenalkan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Kehidupan Bandar negeri, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, setakat ini
hanya 665 unit yang sudah siap dibina merangkumi dua projek di Majlis
Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS).
“Berdasarkan pecahan, rumah Jenis A 1,333 unit, Jenis B 4,300 unit, Jenis C 8,875 dan Jenis D 6,167,” katanya dipetik Selangorku.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan lisan yang dikemukakan
ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar pada persidangan Dewan Negeri
Selangor (DNS).
Secara keseluruhan kerajaan negeri sudah meluluskan pembinaan 89,396
unit dengan 24,700 mendapat kebenaran merancang (KM) yang merangkumi 45
projek.
Manakala 3,803 unit merangkumi 13 projek telah mendapat kebenaran
merancang serta pelan bangunan sejak insintif itu diperkenalkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.