Khamis, 2 Februari 2017

Samun berkumpulan: Polis tangkap Jamal

MALAYSIAKINI


Polis dilapor menangkap pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Yunos berhubung kes samun berkumpulan.

Ketua CID Selangor SAC Fadzil Ahmat memberitahu bahawa Jamal ditangkap bersama sembilan lagi suspek.

Ia susulan serbuan pemimpin akar umbi Umnoitu di sebuah tempat didakwa pusat perjudian di Taman Kosas, Ampang pada 29 Disember lalu.

“Pusat hiburan keluarga itu ada lesen, semua ada permit bawah (MPAJ) Majlis Perbandaran Ampang Jaya. Yang dia kata itu tempat judi, itu hal lain.

“Kita dapat beberapa laporan yang mengatakan barang mereka hilang masa serbuan ini, jadi itu yang kita siasat,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, kes itu disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara 20 tahun dan disebat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.