Selasa, 21 Februari 2017

Rafizi dedah KB Umno Kepong sanggup mati untuk Najib diselamatkan dari bankrap

M.Izwan


image


Rafizi Ramli hari ini mendedah seorang Ketua Umno Bahagian Kepong, Datuk Rizuan Abdul Hamid yang sanggup mati demi mempertahankan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terselamat daripada diisytihar bankrap berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

Setiausaha agung PKR itu mendedahkan satu salinan surat dari Tan Sri Haji Shukry Mohd Salleh, Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri kepada Datuk Ahmad Zaini Othman, CEO Malaysia Building Society Berhad (MBSB) bertarikh 20 Oktober 2015.

“Surat tersebut mengarahkan supaya MBSB mengenepikan notis kebankrapan terhadap Rizuan, Ketua Umno Kepong berhubung pembangunan 10 unit banglo di Bukit Tunku.

“Selain itu, surat itu secara jelas menyatakan arahan agar MBSB menyelesaikan tuntutan pinjamannya terhadap Rizuan di luar mahkamah,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

Nama Rizuan mendapat perhatian menjadi popular apabila mengikrarkan beliau berani mati untuk Najib semasa Mesyuarat Umno Bahagian Kepong tahun lalu.

“MBSB pula adalah sebuah anak syarikat Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) yang memiliki 65% saham di dalam MBSB.

“Oleh itu, MBSB adalah pembiaya rumah milik rakyat yang perlu dilindungi dari campur tangan politik,” katanya.

Najib berdepan tekanan dalam dan luar parti yang mendesak peletakan jawatannya ekoran skandal kewangan yang terpalit dengan pentadbirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.