Jumaat, 24 Februari 2017

Pakatan Harapan Bersedia Membantu Kedutaan Korea Utara

Suara Kebenaran




Pakatan  Harapan dikatakan bersedia membantu kedutaan Korea Utara dari segi perundangan bagi menyelesaikan pertikaian antara negara itu dengan negara ini lanjutan dari kematian warganya yang dikatakan adalah abang tiri kepada Presiden negara itu, Kim Jong Un.

Dari banyak pertikaian yang dibangkitkan sekarang ini, hampir kesemuanya adalah pertikaian berkaitan undang-undang yang hanya boleh diselesaikan di Mahkamah Malaysia.  Dengan majoriti pakar perundangan di negara ini adalah penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan, sudah tentu kita bersedia membantu.

Antaranya, cubaan kerajaan Malaysia untuk menghalang Korea Utara dari menyertai pasukan siasatan.

 Menurut seorang Peguam yang mengetahui tentang isu-isu diplomatik ini, kes ini berbeza dengan kes 
kematian warganegara asing yang biasa kerana mangsa adalah juga pemegang pasport diplomatik.

Pemegang pasport diplomatik tidak sama dengan pelancung biasa dan jika turun dari kapal terbang pun, mereka tidak perlu melalui pemeriksaan kastam dan Imigresen seperti mana orang biasa.

Status diplomatik ini katanya, seharusnya memberi sedikit ruang untuk pihak kedutaan masuk campur dimana yang wajar, tapi apa-apa pun perlu penelitian undang-undang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan boleh dibuat oleh Mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.