Rabu, 1 Februari 2017

Nurul Izzah: Lantik profesional terajui MARA bukan lantikan politik


LEH NORHAYATI UMOR

 izzah


SHAH ALAM: Pemecatan jawatan Pengerusi MARA dan penggantungan Pengerusi Pelabur MARA Sdn Bhd untuk memberi laluan kepada siasatan audit bebas membuktikan skandal MARA didedahkan pembangkang benar.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar bagaimanapun menyifatkan pemecatan dan penggantungan Tan Sri Annuar Musa itu tidak memadai.

Malah, katanya, siasatan lanjutan bagi memastikan kepercayaan bumiputera kembali pulih perlu dilaksanakan.

“Sebelum ini, kita dilaporkan penggunaan dana institusi pendidikan UniKL menaja pasukan bola sepak Kelantan.

“Ternyata, ia bukan satu isu kecil. Bertambah rumit lagi, apabila institusi pendidikan MARA mengalami masalah menambung kebajikan pelajar bumiputera sebanyak RM250,000,” katanya dalam kenyataan.

Nurul Izzah mahu kepimpinan MARA diisi oleh pakar dan bertanggungjawab dalam pensturukturan semula MARA.

“Sebelum ini, MARA menamatkan kontrak dua orang pegawai kanan MARA, terdahulunya lantikan politik kerana membelanjakan RM65 juta dana awam bagi membeli blok apartment di Australia.

“Kelemahan Felda melantik ahli politik menguruskan organisasi merupakan pengajaran terbaik dalam usaha membaik pulih institusi MARA yang kian merudum akibat tangan hitam ahli politik,” katanya.

Beliau turut mendesak supaya Menteri menyatakan rancangan penstukturan dan pendidikan MARA di sidang Dewan Rakyat pada bulan Mac.

Katanya, Menteri juga perlu menjawab segala pertanyaan ke atas skandal ini selaras Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Malahan, Menteri perlu bertanggungjawab atas skandal penyelewengan ini dan meletakkan jawatan atas kecuaiannya ini.

“Segala pelaburan dan transaksi dibuat Pelaburan MARA Sdn Bhd oleh Annuar Musa perlu dikaji semula supaya pelaburan telus dan tidak mengambil kepentingan individu,” katanya.

Sehubungan itu, katanya sudah sampai waktu rakyat khususnya bumiputera menolak kepimpinan lemah di bawah kerajaan Barisan Nasional yang melenyapkan institusi kebajikan seperti MARA.=EZY=

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.