ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih mengharapkan
agar PAS dapat bekerjasama dengan parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya
Umum ke-14 (PRU14).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau masih menekankan
bahawa pentingnya kerjasama antara partinya dengan parti pimpinan Datuk
Seri Abdul Hadi Awang itu.
"Pimpinan parti (komponen) dalam Pakatan Harapan (PH)Bersatu (PPBM) dan
termasuk juga PAS bersedia mengenepikan perbezaan sesama kita, dengan
meletakkan sasaran kepentingan rakyat mengatasi segalanya," kata
Muhyiddin.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap di program Kenduri Bersatu 2017 di Paya Jaras, semalam.
Pada awal Februari lalu, PPBM mengadakan pertemuan dengan PAS bagi
membincangkan rundingan ke arah menghadapi pilihan raya, namun sehingga
kini tiada kata putus bersabit perkara tersebut.
Pada hari ini, PPBM akan PH akan mengadakan perbincangan berhubung soal pembahagian kerusi dalam menghadapi PRU14 kelak.
Perbincangan itu menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail, melibatkan empat parti sahaja, iaitu parti-parti dalam komponen
PH, dan juga PPBM.
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berpandangan, dengan
adanya perbincangan agihan kerusi PH-PPBM ini, ia mungkin menjejaskan
rundingan PAS-PPBM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.