KUANTAN: Mayat seorang mak nyah dipercayai ditembak dan ditetak ditemui di Jalan Pasar, dekat sini, awal pagi tadi.
Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti itu dianggarkan berusia
dalam lingkungan 20-an, maut di tempat kejadian dan ditemui orang awam
kira-kira jam 5 pagi.
Difahamkan, selain dipercayai ditembak, mangsa turut ditetak pada bahagian tangan.
Sumber berkata, anggota Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
Pahang yang bergegas ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa mati di
tempat kejadian akibat parah.
"Sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan berhubung kejadian
itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz
Salleh, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan kejadian dan
memaklumkan siasatan lanjut masih dilakukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.