ANTARAPOS.COM
SHAH ALAM: Pegawai khas Menteri Besar Selangor Muhammad Hilman Idham
memberitahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun
menutup laporan kes penyelewengan yang dibuat terhadapnya sebelum ini.
Namun katanya lagi, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan
siasatan berhubung laporan baru yang dibuat Gabungan badan bukan
kerajaan (NGO) Selangor hari ini.
"Biarlah, biar SPRM buat kerja dia.
"Lagi pun mereka sudah terlambat sebab sebelum ini sudah ada laporan
dibuat ke atas saya dan siasatan telah dibuat manakala kes juga telah
ditutup," ujarnya yang dipetik Malaysiakini.
Hilman merujuk kepada laporan yang difailkan Naib Presiden PKR, Rafizi
Ramli sebelum ini bersabit dakwaan rasuah seks yang berlaku dalam
Pejabat Menteri Besar Selangor.
Perkara ini dibangkitkan oleh Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia
(SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang bertanyakan status kes berkenaan.
Beliau yang lebih dikenali dengan nama Chegubard membangkitkan laporan
berkenaan kerana percaya laporan Rafizi mempunyai asas dan bukti
sepertimana yang sering beliau lakukan sebelum ini.
Chegubard juga mempersoalkan bagaimana Hilman hidup mewah walaupun hanya dua tahun menjadi pegawai khas kepada Azmin.
Malah turut mendedahkan Hilman mempunyai beberapa buah kereta termasuk
sebuah Audi, sebuah Alphard dan terbaru sebuah kereta Toyota Altis
dengan nombor pendaftaran BMY300.
Beliau yang juga bekas Ketua Angkatan Muda keadilan turut mendedahkan
maklumat pembelian hartanah berupa sebuah rumah link dua tingkat,
dinggarkan berharga RM850,000, di Seksyen 7, Shah Alam pada Julai 2015.
Sehubungan itu, Hilman bertegas bahawa beliau bersedia untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
"Saya sedia kerjasama dengan SPRM. Cukuplah fitnah tu, kita ada kerja nak buat," katanya.
Selain beliau akan membuat laporan polis berhubung laporan itu dalam masa terdekat.
Badan itu turut mendedahkan Hilman antara lain didakwa memiliki jam
tangan bernilai RM87,000, manakala isterinya memperagakan beg tangan
mewah berjenama Louis Vuitton.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.