SEGAMAT – Kementerian Kesihatan memfokuskan faktor bantuan perubatan, keselamatan makanan dan pemindahan pesakit bagi menghadapi gelombang kedua banjir, kata Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam.
Beliau berkata, fokus itu adalah penting bagi memastikan semua mangsa
banjir mendapat perkhidmatan perubatan secukupnya di samping mengekang
penyakit akibat bencana banjir seperti penyakit kencing tikus atau
leptospirosis.
“Kementerian sentiasa mengawasi situasi banjir dan sudah bersiap siaga dengan SOP (Prosedur Operasi Standard) memfokuskan faktor tersebut. Kita juga turut memastikan hospital dan klinik kesihatan dalam keadaan bersedia bagi menghadapi banjir, apa yang penting kesihatan rakyat itu kita jaga,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyampaikan bantuan beg sekolah sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kepada lebih 300 pelajar enam Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dalam Parlimen Segamat di sini yang turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah TNB Datuk A. Sakthivel.
Pada 25 Jan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kesiapsiagaan menghadapi gelombang kedua banjir adalah mengikut SOP dan piawaian ditetapkan.
Ahmad Zahid turut meluahkan kekhuatiran tentang fenomena gelombang banjir kedua yang diramal berlaku sepanjang Januari hingga Mac tahun ini.
Dr Subramaniam berkata kementeriannya akan turut memastikan makanan dan minuman yang disediakan untuk mangsa banjir di pusat pemindahan bebas daripada kuman pembawa penyakit.
Selain itu katanya kementeriannya akan mengenal pasti dan melakukan pemindahan awal terhadap pesakit yang memerlukan rawatan berkala seperti pesakit yang memerlukan rawatan hemodialisis.
“Pemindahan awal untuk pesakit ini perlu dilakukan kerana kita tidak mahu mereka terperangkap di rumah apabila banjir tiba yang menghalang mereka daripada mendapatkan rawatan yang diperlukan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata tiada peningkatan ketara terhadap kes penyakit akibat banjir seluruh negara dalam kejadian banjir baru-baru ini.
“Namun kita akan terus memantau dan mengambil langkah perlu bagi memastikan tiada peningkatan ketara kes penyakit banjir seperti leptospirosis kerana setakat ini kejadian banjir masih ada,” katanya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.