KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan anak lelakinya
dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, masing-masing atas tuduhan
bersubahat dan menerima suapan membabitkan nilai RM550,000 berhubung
projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di Sandakan, Sabah tahun lepas.
Mohd Arif, 60, dan anaknya Ahmad Zukhairi Mohd Arif, 35, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Mac untuk sebutan semula kes. – Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.