Sabtu, 4 Februari 2017

Bayi maut dikelar ibu


Bayi maut dikelar ibu


MACHANG - Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dikelar ibunya dalam kejadian di Kok Lanas kira- kira jam 2.45 petang tadi.

Mangsa adalah anak ketiga dalam keluarga itu ditemui maut di ruang tamu rumah di sebuah kuarters  perumahan tentera.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, ketika kejadian bapa mangsa tiada di rumah dipercayai keluar ke kedai.

Katanya, dua adik beradik mangsa yang lain berjaya melarikan diri apabila melihat perbuatan itu dan kejadian tersebut disedari jiran mereka.

"Bayi tersebut dikelar di leher kiri dengan pisau pemotong sayur di atas tilam di ruang tamu rumah. Kita percaya suspek menghadapi gangguan emosi dan akan dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

"Mayat bayi akan di hantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat," katanya kepada pemberita pada kejohanan sepak takraw piala ketua polis Kelantan di sini, sebentar tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.