KUALA LUMPUR – Selepas setahun mengidap penyakit kanser ovari tahap empat akhirnya pelakon, Ary Malik disahkan meninggal dunia hari ini.
Arwah yang nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Malik meninggal dunia pada umur 46 tahun di Hospital Ampang.
Jenazah dibawa ke Masjid Kem Wadieburn untuk dimandi dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ibu Kota malam ini.
Ary menghembuskan nafas kira-kira jam pukul 7.17 petang tadi, menurut sumber SENIMAN.
Pada bulan Mei tahun lepas, Ary telah menjalani pembedahan di Hospital Tunku Mizan di Wangsa Maju sebelum disahkan mengidap kanser dan kemudiannya menjalani rawatan kimoterapi sebulan selepas itu.
Beberapa hari keadaannya semakin lemah dan dibawa ke Hospital Ampang dan selepas dua hari, Ary tidak sedarkan diri.
Suami arwah, Shahrul Nizam Shaharuddin, 46 dan anak-anaknya Nur Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13 dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.