Seekor anak buaya sepanjang kira-kira dua meter ditangkap oleh
anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di belakang Pasar Jelutong di
George Town hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Yamin Tekor berkata anak buaya itu ditemui orang awam yang pada mulanya menyangka ia seekor biawak besar pada jam 6.30 pagi.
"Anak buaya itu mungkin dari sungai berhampiran dan naik ke darat kerana lapar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata anak buaya daripada spesis terancam iaitu 'caiman' itu diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pulau Pinang.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.