SELANGOR KINI
SHAH ALAM: Ringgit didagangkan pada 4.4290/4350
berbanding dolar AS, lebih rendah berbanding 4.4270/4310 penutup
semalam.
Bagaimanapun, peniaga berkata ringgit dijangka mengukuh sepanjang
hari ini mengambil kira faktor sentimen pasaran terhadap dolar.
Sementara itu, ringgit lebih tinggi berbanding mata wang utama dunia.
Ia menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1079/1138 daripada
3.1165/1200 semalam dan naik berbanding yen kepada 3.8641/8696 daripada
3.8776/8828.
Ia mengukuh berbanding pound British kepada 5.5774/5859 daripada
5.5917/5981 dan lebih tinggi berbanding euro pada 4.7311/7392 daripada
4.7462/7509
Sementara itu, saham di Bursa Malaysia memulakan dagangan lebih rendah pagi ini.
Indeks penanda aras Bursa Malaysia, Indeks FBM KLCI turun 3.27 mata kepada 1,695.49 berbanding penutup semalam.
Pada 9.02 pagi, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 57 berbanding
30, manakala 97 kaunter tidak berubah. Sejumlah 49,636,200 lot saham
bertukar tangan.
Reuters melaporkan, harga minyak naik dua peratus, dilonjakkan rali
di pasaran saham Amerika Syarikat (AS), sungguhpun kenaikan harga
dihadkan oleh inventori yang besar.
Dagangan hadapan minyak mentah AS naik AS$1.03 kepada AS$53.78 satu
tong, naik dua peratus, manakala penanda aras global Brent ditutup
AS$1.16 lebih tinggi, atau 2.1 peratus, kepada AS$56.24.
Minyak mentah AS mencecah paras puncak AS$54.06, tertinggi dalam
lebih tiga minggu, selepas Wall Street memulakan dagangan yang
menyaksikan pasaran melanjutkan kenaikan hari sebelumnya apabila Dow
Jones Industrial Average ditutup melepasi paras 20,000 buat pertama
kalinya.
Pengarah Dagangan Hadapan di Mizuho Americas, Robert Yawger, berkata
pasaran dijangka menolak harga ke arah AS$55 satu tong bagi dagangan
minyak mentah AS. – Reuters/-nR-'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.