shahbudindotcom
Susulan
tanda-tanya orangramai mengenai bilakah ahli-ahli politik yang korup
akan ditangkap selepas beberapa tindakan diambil terhadap penjawat awam,
SPRM hari ini tampil meredakan kebimbangan itu dengan mengatakan masa
untuk mereka akan tiba tidak berapa lama lagi.
Kepada
ahli-ahli politik yang korup, saya ada satu perkataan saja - tunggu,
demikian tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad.
Ya, tunggu...tetapi siapakah ahli politi korup yang ada dalam senarai SPRM itu?
Ikan jerung, ikan gelama atau ikan bilis?
Jika
di kalangan penjawan awam, mereka yang ditangkap sehingga ke taraf
Ketua Setiausaha, apakah di kalangan ahli politik ia juga mencecah
sehingga ke jawatan menteri dan timbalan menteri?
Sama
seperti peringatan Dzulkifli kepada ahli-ahli politik iaitu "tunggu",
rakyat juga tidak sabar menunggu siapakah yang bakal ditangkap oleh SPRM
itu?
Harap-harap "ikan" yang ditangkap nanti tidak mengecewakan semua yang menunggu-nunggu selama ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.