Pelantikan itu adalah bagi menggantikan ahli lembaga pengarah Tan Sri Datuk Amar Bujang Mohammed Bujang Mohammed Nor, Tan Sri Datuk Asmat Kamaluddin dan Tan Sri Seri Ainum Mohamed Saaid, yang telah bersara pada 31 Disember, 2016.
Dalam satu kenyataan akhbar, PNB juga turut mengumumkan pelantikan Profesor Datuk Dr Noor Azlan Ghazali, Datuk Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani dan Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood sebagai Ahli Lembaga Pengarah Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang baharu.
Mereka menggantikan ahli lembaga pengarah sebelum ini iaitu Tan Sri Md. Desa Pachi, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Tan Sri Ainum Mohamed Saaid, yang turut bersara pada 31 Disember, 2016.
Pelantikan baharu ini berkuat kuasa sebaik sahaja selesai pemprosesan segala dokumen berkanun yang berkenaan.
Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata beliau mengalu-alukan pelantikan Ahli-ahli Lembaga Pengarah baharu itu.
"Pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, kewangan dan pelaburan akan memberi sumbangan besar ke arah kejayaan berterusan PNB, yang asasnya telah pun diperkukuhkan oleh Ahli Lembaga Pengarah PNB dan ASNB yang terdahulu.
"Abdul Wahid yakin kehadiran mereka akan merangsang PNB dalam mencapai wawasannya untuk menjadi sebuah Syarikat Pelaburan Distinktif Bertaraf Dunia.
"Bagi pihak Lembaga Pengarah dan Pengurusan PNB serta ASNB, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah yang terdahulu iaitu Tan Sri Amar Haji Bujang, Tan Sri Datuk Asmat, Tan Sri Ainum, Tan Sri Md. Desa dan Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid, atas dedikasi dan sumbangan mereka terhadap pertumbuhan Kumpulan PNB yang membanggakan sehingga kini."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.