KUALA LUMPUR: Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP pernah
menuntut diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan
jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),
mengesahkan dakwaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebelum ini.
Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, berkata pendedahan
itu sekali gus membongkar agenda dan matlamat sebenar DAP yang mahu
mengetuai Pakatan Harapan (PH) serta mengambil alih kuasa politik Melayu
di Putrajaya.
"Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak,
yang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sebenarnya pertandingan antara dua
kuasa besar politik di Malaysia iaitu Umno dan DAP.
"Jika Barisan Nasional (BN) menang, Umno akan terus mentadbir Putrajaya
dan jika Pakatan Harapan menang, maka DAP pula akan mentadbir
Putrajaya.
"Ternyata PRU14 bukanlah medan untuk DAP mendahulukan rakyat tetapi
hanya alat untuk mereka menguasai politik Malaysia," katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Tunku Aziz sebelum ini pernah mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara
Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz
sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya jika
Pakatan Harapan memenangi PRU14.
Manakala pada minggu lalu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu program mendedahkan, DAP ada
meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi
(PRU14).
Beliau berkata DAP tidak meminta jawatan Perdana Menteri kerana akur
kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini namun meletakkan
harapan untuk mengisi jawatan kedua tertinggi negara.
Bagaimanapun mantan Perdana Menteri itu mendakwa media tertentu memutar-belitkan kata-kata beliau mengenai isu berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.