PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan
tahniah kepada Donald Trump di atas pelantikan rasmi beliau sebagai
Presiden Amerika Syarikat (AS).
"Beliau mengambil alih jawatan selepas satu perjalanan luar biasa yang
menunjukkan bahawa ahli-ahli politik tidak boleh memandang remeh para
pengundi.
"Beliau bercakap mewakili rakyat Amerika yang merasakan mereka telah
diabaikan untuk sekian lama. Kini tiba masanya untuk mentadbir semua
rakyat Amerika," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya pada
petang Sabtu.
Perdana Menteri berkata beliau bersedia untuk bekerjasama dengan Trump
sambil memberitahu hubungan antara AS dan Malaysia telah berkembang
sejak kebelakangan ini sekali gus membawa kepada perkongsian
komprehensif pada tahun 2014.
"Saya amat yakin di bawah kepimpinan Trump dan saya, hubungan antara AS
dan Malaysia akan diperkukuh dan kami akan menjadi rakan kongsi teguh
untuk keamanan dan kemakmuran di rantau ini," kata Najib.
Trump dilantik secara rasmi sebagai Presiden AS yang ke-45 di Washington pada Jumaat (1 pagi Sabtu, waktu Malaysia).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.