shahbudindotcom
Kecoh
benar laskar maya 6.6 peratus dalam sehari dua ini menjaja cerita
mengenai kerugian dalam urusniaga forex sebagaimana yang ditimbulkan
kembali oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid.
Tanpa
menilai bahawa Abdul Murad sendiri sebenarnya tiada kredibiliti kerana
pernah didenda RM500 ribu atau penjara enam bulan atas kesalahan gagal
mengisytiharkan pemilikan saham dan 51 hartanah, laskar maya atau
cybertrooper 6.6 peratus, senada dengan Abdul Murad yang mengatakan
penyiasatan tidak pernah dijalankan terhadap kerugian AS$10 bilion itu,
turut sama mendesak perlunya siasatan dijalankan dengan segera.
Dalam banyak-banyak desakan itu terpacul pula cadangan agar sebuah suruhanjaya diraja ditubuhakan untuk menyiasatnya.
Kata mereka, hanya dengan penubuhan suruhanjaya diraja dapat menentukan siapa yang bertanggungjawab terhadap kerugian tersebut.
Kerugian
sebanyak AS$10 bilion itu, tambah mereka, mesti diketahui punca dan
siapa yang bersalah kerana dengan wang sebanyak itu berapa banyak rumah,
sekolah, masjid, tajaan pelajaran dan sebagainya mampu mendapat manfaat
daripadanya.
Walaupun
difahami bahawa sasaran sebenarnya yang mahu ditembak oleh laskar maya
6.6 peratus dalam isu kerugian forex itu ialah Tun Mahathir Mohamad,
namun ia sebenarnya belum tentu akan mengena.
Ini
kerana ketika itu Menteri Kewangan ialah Anwar Ibrahim, manakala orang
yang bertanggungjawab menjalankan urusniaga forex itu difahamkan ialah
Nor Mohamed Yakcob, yang kemudian dilantik menjadi Menteri Kewangan
Kedua di era Tun Abdullah Badawi. Sekarang pula Nor Mohamed Yakcob ialah
Timbalan Pengerusi Khazanah, badan pelaburan utama kerajaan, manakala
Pengerusi Khazanah adalah Najib sendiri.
Tun
Mahathir cuba dipersalahkan hanya kerana ketika itu beliau adalah
Perdana Menteri. Jika Tun Mahathir sekarang ini tidak berbalah dengan
Najib, pasti kes kerugian itu tidak diungkit dan Abdul Murad pula tidak
akan dipedulikan sama-sekali untuk ditemubual oleh mana-mana media.
Jadi,
tidaklah sukar untuk memahami mengapa isu kerugian urusiaga forex yang
berlaku pada tahun 1994 tiba-tiba boleh muncul kembali.
Namun
demikian, elok benar jika suruhanjaya diraja dapat ditubuhkan kerana
Tun Mahathir, Anwar dan Nor Mohamed Yakcob masih lagi hidup dan boleh
memberi keterangannya.
Semua orang tentu ingin tahu kebenaran yang sebenar-benarnya dalam kerugian forex itu.
Tetapi,
untuk berlaku adil kepada seluruh rakyat, sementara kerugian forex mahu
disiasat melalui sebuah suruhanjaya diraja, Najib juga mesti berani
berbuat perkara yang sama untuk menyiasat kerugian 1MDB serta pengaliran
wangnya yang menjadi bulan di seluruh dunia.
Hanya
dengan berbuat demikian barulah ada keadilan dan Najib terlihat
benar-benar inginkan kebenaran yang menyeluruh dalam semua perkara.
Apalah
gunanya sembang kencang dan cakap berdegar-degar tentang kuman di
seberang laut, namun buat-buat tak nampak tentang gajah di depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.