SHAH ALAM: Seorang pemuda
terpaksa menanggung kesakitan kira-kira 90 minit akibat kemaluannya
tersangkut dalam botol air mineral sebelum "dibebaskan" anggota bomba.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi tadi.
"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata tindakan itu sebaliknya lebih memudaratkan menyebabkan
kecederaan pada kemaluannya hingga berlaku pendarahan yang banyak.
Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.-- BERNAMA
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kejadian berlaku di Telok Gong, Pelabuhan Klang apabila pemuda berumur 21 tahun terbabit cuba membuang air kecil di dalam botol itu di rumahnya kira-kira 4 pagi tadi.
"Pemuda itu yang dalam keadaan terdesak cuba memotong botol air mineral itu menggunakan gergaji logam," katanya dalam kenyataan di sini.
Katanya sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang serta Andalas yang menerima panggilan kecemasan kira-kira 5.25 pagi, bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya memotong botol itu dan menamatkan penderitaan pemuda itu dalam tempoh 10 minit.
Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.